Tinggalkan Jejak Anda Disini


ShoutMix chat widget

MENU

Saturday, 27 August 2011

[DOWNLOAD]: I Jenazah Setup.rar

بسم الله الرحمن الرحي



kali ini saya nak kongsikan satu software yang menarik iaitu I jenazah . yang mana menerangkan kepada anda cara dan kaedah untuk memandikan jenazah. yang menariknya software ni adalah, ianya ditunjukkan dalam bentuk digital.. menarikkan? apa lagi download la..

http://www.mediafire.com/?qp5r654a2lkh4bg


Credit: softwarefordummies

pss//; skrg agak buzy..tak dapat nak update sangat dah...

Friday, 5 August 2011

[PICTURE]: Masjid Diseluruh Dunia


بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini saya inginkan kongsikan photo Masjid-masjid yang wujud diseluruh dunia.


MASJID ADHAI-DIN
2SETENGAH HARI

INDIA
Masjid ini dipercayai dibina dalam masa 2 hari setengah je
sebab tu namanya adhai-din

ruangan dalam lebih kepada senibina hindu lama dan
dipercayai asal binaan adalah sebuah Kolej Sanskrit
Mohamad Ghori telah menjadikan nya sebuah Masjid pada 1198
dan beliau telah membina 7 Pintu gerbang melambangkan versa Al Quran
ygmana rekabentuknya oleh Abu Bakr of Herat 
 
 

LARABANGA MOSQUE

salah satu Masjid tertua di Afrika Barat dan paling tua di Ghana.
Dipercayai telah dibina oleh pedagang2 Moorish.
utk makluman setiap tahun ianya perlu sentiasa
dibina utk menjaga kerosakan dinding tanah liat terutama ketika musim hujan.
Binaan mudah dengan tampalan tanah liat kemudian ditusuk
kayu dari luar binaan. Cat putih digunakan setiap tahun dengan bantuan penduduk sekitar kadang2 dengan bantuan kerajaan

ianya sungguh terserlah dengan dikelilingi rumah2 penduduk yg tanahnya
bewarna merah



Pintu Masuk

MASJID Masjed-é Emam


Arah Selatan Emam Khomeini Square.
Dikenali juga dgn nama Masjed-é Shah
Terletak di Esfahan, Iran
Sebuah masterpieces bersenibina di jaga oleh UNESCO.
Dibina pada 1611 zaman Safavid.
Terserlah dengan 7 warna kemilau seramik dengan Khat Al Quran.
Minaret setinggi 42m dihias dengan lebah bergantung 
 
 

Masjid Kg. Laut

About 300 years ago, Javanese Muslims built this mosque to show their gratitude after a narrow escape from pirates. Today, it is thought to be the oldest mosque in Peninsula Malaysia. It was originally located at Kampung Laut, just across the river from Kota Bharu. But the annual monsoon floods had brought about substantial damage to the wooden mosque. Hence in 1968, the mosque was relocated to a safer location. It now stands at Kampung Nilam Puri, which is a local center for religious studies. Entry into the mosque, however, is forbidden to non-Muslims.
 

 
MASJID UMAYYAD

Beribu tahun dahulu merupakan sebuah kuil untuk tuhan Hadad bagi kaum Aramic. Semasa zaman Rom ia menjadi kuil Jupiter dan menjadi gereja pada abad ke 4, dibesarkan menjadi Cathedral of St. John dan pada 661M islam telah menawan kota Damascus oleh Muawiyah b Abu Sufyan di mana muslim telah berkongsi dgn kristian.

Islam solat sebelah timur dan kristian sebelah barat sehingga Walid b Malek berkuasa yang mana merasakan satu keperluan bagi muslim menyatakan pendirian hak pada agama.

lalu beliau telah bernegosasi dgn ketua2 Kristian .
Pihak islam akan mengambil alih kesemua binaan tersebut utk menjadi
sebuah masjid dan khalfah berjanji; Gereja-gereja lain tidak akan di sentuh
samada dgn gereja2 baru yg akan dibina. 
 
Qol Sherif Mosque - Kul Serif Camii


Masjid terbesar di Rusia
Dibina di Kazan Kremlin di abad ke 16
mempunyai 8 minaret
Bersenibina awal Renaissance dan Ottoman pada 1552 masjid ini dimusnahkan oleh org2 Rusia sehinggalah tahun 1996 baru dibina semula

MASJID TERAPUNG PENANG

bernilai RM15juta
fund dari state dan faderal
merupakan masjid pertama bertiang tapak
dan pertama di sisiran selat Melaka ; kg Nelayan tanjung Bungah
berminaret setinggi 7 tingkat dan mampu utk menampung
jemaah seramai 1500 org

utk makluman
semasa Tsunami melanda Alhamdulillah tiada langsung kerosakan 
 
 
MASJID AL BIDYAH

Dibuat dari bata tanahliat dan batu
dan berulangkali disapu lapisan plaster
salahsatu senibina unik di Emirates
Binaan begini dipercayai bermula pada 1446


MASJID Djenné city

Terletak di tengah bandar Mali merupakan warisan dunia oleh UNESCO
seluruh binaan dari lumpur tanah liat dan batubata
bandar ini dibina pada 800M dan menjadi pusat perdagangan
penting pada abad ke 16.
Masjid ini dibina pada 1240. Arkitek ialah Ismaila Traoré, 


MASJID IBRAHIM-AL-IBRAHIM

Dilatari gunung Gilbratar

Saturday, 23 July 2011

[DOWNLOAD]: Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

بسم الله الرحمن الرحي


Satu klik video yang membacakan kembali Khutbah Terakhir Nabi Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w. semoga dengan adanya video ini dapat menambahkan kekuatan kita untuk terus beramal.

klik link dibawah untuk download:
http://www.mediafire.com/?2de3ljia33i

Saturday, 25 June 2011

[Perkongsian]: Hospital Yang Menghidupkan

بسم الله الرحمن الرحيم




Semalam, 25 jun 2011, jam 12.30 petang, saya mengikuti kedua ibubapa ke hospital besar Terengganu

untuk melawat bapa saudara ayah saya yang telah jatuh sakit, 
maklumlah umur meningkat, banyak pula penyakitnya.

setibanya disana, keadaannya tidak seperti biasa, ramai pula pesakit-pesakitnya. 
Disitu saya melihat tidak ramai yang tua, namun banyak pula yang muda,
nah, hari ini sedikit membuka minda saya,bahawa nak datangnya penyakit,
tidak perlu tunggu usia yang tua, baru dapat penyakit,  bila sampai masa,
diberi ujian olehNYa, orang muda juga turut terkena. 

Saya bukan nak pertikaikan kenapa kita ade penyakit dan kenapa manusia dijadikan ada yang sakit dan ada yang tidak. Sesungguhnya penyakit itu adalah ujian-ujian Allah terhadap hambanya yang dikehendaki.  

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214


Disana ada seorang pesakit remaja yang agak menarik perhatian saya untuk mengetahui keadaannya, penyakitnya, sejarah kisahnya yang telah telantar selama hampir 2 tahun, saya anggarkan remaja tersebut dalam lingkungan 15 @ 16  tahun. Secara kasar maklumat yang diperolehi, remaja itu dahulunya remaja yang normal seperti remaja yang lain, mampu kesana kemari, bermain bola didinihari. Namun semua itu telah lenyap  apabila dia telah lumpuh, samada sementara atau selamanya masih meninggalkan kesamarannya. Dia  tidak mampu untuk bergerak mahupun bercakap, dia hanya mampu melentik-lentik jarinya. 

Di matanya yang berkaca, jelas nampak deritanya, keinginannya untuk sembuh seperti dulu kala, bermain bola, beriadah bersama rakan-rakan sama seperti yang dia lakukan dahulu. Tapi sekelip mata hidupnya berubah dengan tibanya penyakit misterinya. Selama 2 tahun dia terlantar dihospital itu, menunggu keajaiban untuk kesembuhahnnya.

Kenapa saya kata hospital itu menghidupkan?

Setibanya dihospital itu, melihatkan keadaan pesakit-pesakit yang bermacam dugaan penyakit, terlintas dihati saya, adakah mereka meminta untuk medapatkan penyakit itu? Adakah mereka dengan sendirinya meminta untuk menderita? Pasti tidak bukan? Mereka tidak memintanya..Allah meletakkan ujian itu keatas orang yang dikehendakinya. 

LANTAS, PERASAAN SEORANG HAMBA, SYUKUR ATAS NI’MAT KURNIA TELAH DIHIDUPKAN LAGI DALAM JIWA SAYA.

Hari ini saya lebih terdidik untuk lebih sentiasa bersyukur keatas kebaikkan kesihatan yang diberi percuma olehNya.

Bagaimana saya membalas rasa syukur itu.......??  meninggalkan laranganNya, lakukan suruhanNya

Dikala org lain menderita, lagi tidak berupaya berlumba-lumba memohon keampunan, kekuatan daripada Allah, tapi kita bagaimana ye? yang sihat segar-bugar tiada cacat cela ini, boleh pula berfoya-foya, berhibur itu tidak salah, namun ada caranya mengikut syarak. Adakala tika kesihatan baik ini, menambah amalan jauh sekali, saya tidak menunding jari kepada orang lain, saya melihat diri  sendiri. Kadang kita terlalu alpha dengan kesihatan yang diberi percuma. Lupa dan leka, bila sakit mula lah runsing mencari sang Pengcipta.

Sebagai kesimpulannya, Disaat kekuatan memuncak jiwa, marilah sama-sama kita menggunakan sebaik-baiknya. Kesihatan yang ada bukan untuk dibuang dengan sia-sia. Gunakan ia dengan menjadikan ia lebih bermakna. Mari mendidik jiwa untuk lebih bersyukur dengan kekuatan yang diberi percuma. kesihatan yang ade jangan disalah guna, kelak belum tentu masa, dijemput kesana tanpa sempat membawa apa-apa…wana'uzubillah..

26 Jun 2011
12:00am
Home

[DOWNLOAD]: White Lion


Movie ini amat menarik untuk ditonton, ia mengisahkan liku-liku perjalanan seekor singa putih dalam meharungi hidupnya, jika dilihat secara keseluruhannya, cerita ni agak sedih la jugak kekekeke...nak tahu selanjutnya download la eh kekeke

klik link below to download
part 1:     http://www.mediafire.com/?d3sce5xcwhd2x8h
part 2:     http://www.mediafire.com/?8dfq7q4r8ddct8c
part 3:     http://www.mediafire.com/?15s5ljd9mdqneja

Friday, 17 June 2011

[DOWNLOAD]: Ultimate Journeys (Documentary)


Sebuah dokumentari yang agak menarik untuk dikongsikan bersama, yang akan membawa kepada untuk melihat keajaiban-keajaiban ciptaaNya. Rakaman dokumentari ini juga bakal membawa kepada anda untuk melihat tempat-tempat yang paling menarik diseluruh dunia.

setelah selesai download, anda boleh la gabungkan file ini dengan menggunakan HJ-Split atau 7-zipManager. jika ditanya software mana yang lebih bagus, saya pun tak pasti kekeke...biasanya saya hanya menggunakan 7-zipManager. bagi saya ianya lebih mudah untuk digunakan.

Download by click this link:


:Selamat Menonton:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...