Tinggalkan Jejak Anda Disini


ShoutMix chat widget

MENU

Wednesday 8 June 2011

[Perkongsian]: Selamat Ulang Tahun Wahai Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

:umur 23tahun bukan lagi muda bagiku:


Akhirnya, hari ini 2 Mei 2011 sudah berlabuh,
menandakan apa..??
makin muda..?
masih banyak masa..?
enjoy dulu..?

Maaf wahai diri..
sy tidak ada masa untuk itu.
malah makin malu
bila melihat tingkah umur

"Para Sahabat Nabi Terdahulu"
seusia 18 tahun, Usamah bin Zaid RA sudah mampu menjadi Jeneral Perang ketika ini.... Aku bagaimana?”

Muhammad Al-Fateh ketika berumur 22 tahun? telah pun berjaya menawan Konstantinopel.
ketika inilah umur aku yang semalam wahai diri...adakah aku berjaya tawan apa2 semalam wahai diri..?



lihatlah Wahai diri...
ketika ini kita masih tercari-cari
sesuatu yang tidak pasti..
Adakah pada tingkah umur begini...
aku sudah mampu menawan diri, untuk sujud pada ILAHI??

Sudah lah wahai diri..
TIADA MASA LAGI UNTUK BERMAIN...
22 tahun sudah aku lepasi..
23 tahun adalah kini, sudah terlalu tua untuk aku bermain2..
tiba masa untuk kau lebih serius menambah kualiti diri..

barangkali aku akan mempunyai keluarga
(kalau dpt green light dr family :D)
kau akan berkhidmat kpd family dan masyarakat,
dgn apa ingin kau beri jika kau tiada apa-apa nanti ?

adakah pada usia itu baru kau ingin mencari-cari sesuatu?
jika dari awal sudah kau canangkan kelemahan pada diri
aku risau...aku tiada kualiti...
aku juga risau...
jika waktu itu...tidak sempat untuk kita terokai..
kerana mati ITU PASTI..

"MUDA BUKAN JAMINAN UMUR YANG PANJANG
TUA BUKAN SYARAT UNTUK MATI..."


RUGI....
SUNGGUH RUGI...
dari sekarang lah berubah wahai diri...
dari sekarang !

tidak perlu menunggu besok yang belum pasti,
23 TAHUN...BUKAN LAGI MUDA UNTUK AKU..
AKU SUDAH TUA...
MENANDAKAN, aku semakin dekat pada kematian

22 TAHUN yeng berlalu itu,
yang baru aku tinggalkan semalam..
menimbulakan persoalan

apa sumbangan kita untuk Islam selama tahun itu wahai diri?

.........................................

......................................... kesal bukan?

TIBA MASA FIKIRKAN UNTUK UMAT WAHAI DIRI..
berilah aku kekuatan ya Allah....
istikomahkan lah aku...
pimpin lah aku...

~2 Mei 2011
~8:57am
~sintok, kedah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...