Tinggalkan Jejak Anda Disini


ShoutMix chat widget

MENU

Saturday 25 June 2011

[Perkongsian]: Hospital Yang Menghidupkan

بسم الله الرحمن الرحيم




Semalam, 25 jun 2011, jam 12.30 petang, saya mengikuti kedua ibubapa ke hospital besar Terengganu

untuk melawat bapa saudara ayah saya yang telah jatuh sakit, 
maklumlah umur meningkat, banyak pula penyakitnya.

setibanya disana, keadaannya tidak seperti biasa, ramai pula pesakit-pesakitnya. 
Disitu saya melihat tidak ramai yang tua, namun banyak pula yang muda,
nah, hari ini sedikit membuka minda saya,bahawa nak datangnya penyakit,
tidak perlu tunggu usia yang tua, baru dapat penyakit,  bila sampai masa,
diberi ujian olehNYa, orang muda juga turut terkena. 

Saya bukan nak pertikaikan kenapa kita ade penyakit dan kenapa manusia dijadikan ada yang sakit dan ada yang tidak. Sesungguhnya penyakit itu adalah ujian-ujian Allah terhadap hambanya yang dikehendaki.  

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214


Disana ada seorang pesakit remaja yang agak menarik perhatian saya untuk mengetahui keadaannya, penyakitnya, sejarah kisahnya yang telah telantar selama hampir 2 tahun, saya anggarkan remaja tersebut dalam lingkungan 15 @ 16  tahun. Secara kasar maklumat yang diperolehi, remaja itu dahulunya remaja yang normal seperti remaja yang lain, mampu kesana kemari, bermain bola didinihari. Namun semua itu telah lenyap  apabila dia telah lumpuh, samada sementara atau selamanya masih meninggalkan kesamarannya. Dia  tidak mampu untuk bergerak mahupun bercakap, dia hanya mampu melentik-lentik jarinya. 

Di matanya yang berkaca, jelas nampak deritanya, keinginannya untuk sembuh seperti dulu kala, bermain bola, beriadah bersama rakan-rakan sama seperti yang dia lakukan dahulu. Tapi sekelip mata hidupnya berubah dengan tibanya penyakit misterinya. Selama 2 tahun dia terlantar dihospital itu, menunggu keajaiban untuk kesembuhahnnya.

Kenapa saya kata hospital itu menghidupkan?

Setibanya dihospital itu, melihatkan keadaan pesakit-pesakit yang bermacam dugaan penyakit, terlintas dihati saya, adakah mereka meminta untuk medapatkan penyakit itu? Adakah mereka dengan sendirinya meminta untuk menderita? Pasti tidak bukan? Mereka tidak memintanya..Allah meletakkan ujian itu keatas orang yang dikehendakinya. 

LANTAS, PERASAAN SEORANG HAMBA, SYUKUR ATAS NI’MAT KURNIA TELAH DIHIDUPKAN LAGI DALAM JIWA SAYA.

Hari ini saya lebih terdidik untuk lebih sentiasa bersyukur keatas kebaikkan kesihatan yang diberi percuma olehNya.

Bagaimana saya membalas rasa syukur itu.......??  meninggalkan laranganNya, lakukan suruhanNya

Dikala org lain menderita, lagi tidak berupaya berlumba-lumba memohon keampunan, kekuatan daripada Allah, tapi kita bagaimana ye? yang sihat segar-bugar tiada cacat cela ini, boleh pula berfoya-foya, berhibur itu tidak salah, namun ada caranya mengikut syarak. Adakala tika kesihatan baik ini, menambah amalan jauh sekali, saya tidak menunding jari kepada orang lain, saya melihat diri  sendiri. Kadang kita terlalu alpha dengan kesihatan yang diberi percuma. Lupa dan leka, bila sakit mula lah runsing mencari sang Pengcipta.

Sebagai kesimpulannya, Disaat kekuatan memuncak jiwa, marilah sama-sama kita menggunakan sebaik-baiknya. Kesihatan yang ada bukan untuk dibuang dengan sia-sia. Gunakan ia dengan menjadikan ia lebih bermakna. Mari mendidik jiwa untuk lebih bersyukur dengan kekuatan yang diberi percuma. kesihatan yang ade jangan disalah guna, kelak belum tentu masa, dijemput kesana tanpa sempat membawa apa-apa…wana'uzubillah..

26 Jun 2011
12:00am
Home

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...