Tinggalkan Jejak Anda Disini


ShoutMix chat widget

MENU

Saturday 4 June 2011

[Perkongsian]: Bukankah sahabat itu memayungi antara satu sama lain?


berkawan biar beribu, bercinta biarlah 1
pepatah yang biasa didengar,
dan didendang-dendangkan
mungkin ada yang mgamalkan konsep ini.

saya bagaimana?
adakah saya menolak pepatah ini?


saya x punya kuasa untuk menolak
saya hanya humm....... memilih

ada yang mengumpakan istilah:

KAWAN= Hanya ada bila kita senang, Time susah...dialah orang pertama yang 'RUN'.
SAHABAT= Dia adalah pejuang, pembimbing takkala susah @ senang.

“berkawan biarlah 1, bercinta biarlah beribu”
bagi saya..Tidak mengapa jika berkawan biar 1...

sy jelaskan...

Apa erti berkawan beribu..
andai tidak ada 1 pun mambawa kita ke syurga??
berkawan hingga ke syurga??

Ya.....ke syurga...

disaat kita leka, dia yang menegur
disaat kita lena, dia yang bangunkan
disaat kita lagha, dia yang sedarkan
inilah yang dikataknn sahabat.

bukankah itu membawa ke syurga?
tidak semua kita boleh jadikan kawan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

ertinya:

"seseorang itu menurut agama (jalan) kekasihnya, maka oleh sebab itu hendaklah kamu semua meneliti org yang digaulinya."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi)



sahabat yang nak dipilih mesti mempunyai sifat-sifat yang baik
dan disenangi untuk dijadikan sebagai sahabat.
sahabat yang baik pada dasarnya sifat itu adalah :

-akal yang baik, (bukan otak kuning)

-berbudi pekerti

-tidak tergolong dalam mereka yang fasik

- dan bukan pula seorang yang tamakkan harta dunia. ((sumber- kitab IHYA' UlUMUDDIN))

nah, ini dia sahabat yang baik.. (Harap kita menuju kearah itu)
bukankah tidak ada untungnya berkawan dengan orang yang fasik tambah pula tamaknya?
soal kebaikkanlah yang perlu diUtamakan dalam memilih sahabat.

orang yang fasik, berterusan pula dengan kefasikkannya,sikap tidak acuh, endah tak endah terhadap maksiat yang dilihatnya tidak pula menimbulkan rasa benci terhadap kemaksiatan itu,

seseorang yang tiada takut akan Allah, mana mungkin akan menegur kita bila "terleka untuk mengingatiNya? malah mereka mungkin akan melakukan pengkianatan, penipuan terhadap persahabatanya.

Allah s.w.t telah berfirman:
Ertinya:

"dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai dari mengingati dan mematuhi pengajaran Kami didalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya."

(Al-khafi:28)

lagi FirmanNya:
Ertinya:

"Oleh itu janganlah engkau (Wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata."

((sumber- kitab IHYA' UlUMUDDIN))


Malah Allah s.w.t menunjukkan kita siapa yang perlu dijadikan sahabat?
dengan FirmanNya:

Ertinya:

"Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal soleh)."

Alqamah pernah mewasiatkan kepada puteranya, ia berkata:

"wahai anakku, jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini, iaitu jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungimu, jikalau engkau bersahabat dengannya, ia akan merupakan hiasa bagi dirimu dan jikalau engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia mencukupi keperluanmu.

Saidina Ali r.a berkata: "saudaramu yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada disampingmu. ia suka menerjunkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kemanfaatanmu. jikalau engkau merasa bimbang, ia selalu menjelaskan yang sebenarnya kepadamu. ia mencurahkan tenaga dan kekuatanya untuk dapat bersama denganmu.

kesimpulan,



sahabat boleh membawa kita ke syurga.....,
amalan kita bukan banyak sangat pun
qiamulai pun sikit-sikit
jadi apa salahnya menjadi sahabat yang baik??

jom kita serius kearah itu
Sekarang??
Ya, sekarang, bukan esok, bukan lusa,buka tahun depan.
tapi sekarang.


Alhamdulilah, Thanks Allah for giving me a good friend ^^

_Didedikasikan untuk sahabat-sahabat yang menguatkan saya_
baru saya tahu..pentingnya memilih sahabat..

(nama2 sahabat sy td...da sy hidden kn..org te'awal m'baca nya shj dpt kenal ^^)

                      : Jadilah sahabat yang boleh menjadi sahabat yang terbaik untuk sahabatnya:

_Tiada Hak Cipta Terpelihara_


17May 11
9.44am
uum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...