Tinggalkan Jejak Anda Disini


ShoutMix chat widget

MENU

Monday 6 June 2011

[Perkongsian]: Apa Maksud Untuk Hidup ?

بسم الله الرحمن الرحيم


_Definisi saya mudah_

Hidup adalah pilihan,
namun dimana arah permulaanya?
kekiri ? kanan? hadapan atau kebelakang?
setiap pilihan pasti punya kekuatan dan kelemahan

membuat pilihan umpama bermain dengan api,
tersilap langkah, membakar diri.
namun bukan itu pengakhiranya,
kerna, itu adalah Hidup.
kita harus berani mengharunginya

SENDIRI?? Tidak..dengan meyakini DIA disisi"


nikmat yang kadang aku sendiri alpha
adalah nikmat untuk MEMILIH,
membuat segala pilihan dalam hidup,
ada sahaja lakonan2 yang perlu dilalui,

sering kali aku berada dalam keraguan, kerisauan, ketakutan,
kebimbangan-kebimbingan yang kadang aku mengciptanya sendiri,

hidup memang penuh misteri dengan teka-tekinya,
ada sahaja alasan2 untuk tidak mahu melangkah,

kerana hidup adalah pilihan,
maka aku harus memilih
dan menghadapinya dengan gagah.

aku merasakan, sepanjang tempoh lalu
aku gagal dalam membuat pilihan

namun tidaklah lagi aku meratapi semua itu,
aku bangkit lagi..Ya, untuk membuat pilihan lagi.

kita perlu bangkit dari setiap kegagalan dan kesalahan,
kerana..setiap satunya, ada hikmahNya.

Alhamdulilah, Thanks Allah..

08.11 am
08 May 2011
UUM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...