Tinggalkan Jejak Anda Disini


ShoutMix chat widget

MENU

Saturday 25 June 2011

[Perkongsian]: Hospital Yang Menghidupkan

بسم الله الرحمن الرحيم




Semalam, 25 jun 2011, jam 12.30 petang, saya mengikuti kedua ibubapa ke hospital besar Terengganu

untuk melawat bapa saudara ayah saya yang telah jatuh sakit, 
maklumlah umur meningkat, banyak pula penyakitnya.

setibanya disana, keadaannya tidak seperti biasa, ramai pula pesakit-pesakitnya. 
Disitu saya melihat tidak ramai yang tua, namun banyak pula yang muda,
nah, hari ini sedikit membuka minda saya,bahawa nak datangnya penyakit,
tidak perlu tunggu usia yang tua, baru dapat penyakit,  bila sampai masa,
diberi ujian olehNYa, orang muda juga turut terkena. 

Saya bukan nak pertikaikan kenapa kita ade penyakit dan kenapa manusia dijadikan ada yang sakit dan ada yang tidak. Sesungguhnya penyakit itu adalah ujian-ujian Allah terhadap hambanya yang dikehendaki.  

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214


Disana ada seorang pesakit remaja yang agak menarik perhatian saya untuk mengetahui keadaannya, penyakitnya, sejarah kisahnya yang telah telantar selama hampir 2 tahun, saya anggarkan remaja tersebut dalam lingkungan 15 @ 16  tahun. Secara kasar maklumat yang diperolehi, remaja itu dahulunya remaja yang normal seperti remaja yang lain, mampu kesana kemari, bermain bola didinihari. Namun semua itu telah lenyap  apabila dia telah lumpuh, samada sementara atau selamanya masih meninggalkan kesamarannya. Dia  tidak mampu untuk bergerak mahupun bercakap, dia hanya mampu melentik-lentik jarinya. 

Di matanya yang berkaca, jelas nampak deritanya, keinginannya untuk sembuh seperti dulu kala, bermain bola, beriadah bersama rakan-rakan sama seperti yang dia lakukan dahulu. Tapi sekelip mata hidupnya berubah dengan tibanya penyakit misterinya. Selama 2 tahun dia terlantar dihospital itu, menunggu keajaiban untuk kesembuhahnnya.

Kenapa saya kata hospital itu menghidupkan?

Setibanya dihospital itu, melihatkan keadaan pesakit-pesakit yang bermacam dugaan penyakit, terlintas dihati saya, adakah mereka meminta untuk medapatkan penyakit itu? Adakah mereka dengan sendirinya meminta untuk menderita? Pasti tidak bukan? Mereka tidak memintanya..Allah meletakkan ujian itu keatas orang yang dikehendakinya. 

LANTAS, PERASAAN SEORANG HAMBA, SYUKUR ATAS NI’MAT KURNIA TELAH DIHIDUPKAN LAGI DALAM JIWA SAYA.

Hari ini saya lebih terdidik untuk lebih sentiasa bersyukur keatas kebaikkan kesihatan yang diberi percuma olehNya.

Bagaimana saya membalas rasa syukur itu.......??  meninggalkan laranganNya, lakukan suruhanNya

Dikala org lain menderita, lagi tidak berupaya berlumba-lumba memohon keampunan, kekuatan daripada Allah, tapi kita bagaimana ye? yang sihat segar-bugar tiada cacat cela ini, boleh pula berfoya-foya, berhibur itu tidak salah, namun ada caranya mengikut syarak. Adakala tika kesihatan baik ini, menambah amalan jauh sekali, saya tidak menunding jari kepada orang lain, saya melihat diri  sendiri. Kadang kita terlalu alpha dengan kesihatan yang diberi percuma. Lupa dan leka, bila sakit mula lah runsing mencari sang Pengcipta.

Sebagai kesimpulannya, Disaat kekuatan memuncak jiwa, marilah sama-sama kita menggunakan sebaik-baiknya. Kesihatan yang ada bukan untuk dibuang dengan sia-sia. Gunakan ia dengan menjadikan ia lebih bermakna. Mari mendidik jiwa untuk lebih bersyukur dengan kekuatan yang diberi percuma. kesihatan yang ade jangan disalah guna, kelak belum tentu masa, dijemput kesana tanpa sempat membawa apa-apa…wana'uzubillah..

26 Jun 2011
12:00am
Home

[DOWNLOAD]: White Lion


Movie ini amat menarik untuk ditonton, ia mengisahkan liku-liku perjalanan seekor singa putih dalam meharungi hidupnya, jika dilihat secara keseluruhannya, cerita ni agak sedih la jugak kekekeke...nak tahu selanjutnya download la eh kekeke

klik link below to download
part 1:     http://www.mediafire.com/?d3sce5xcwhd2x8h
part 2:     http://www.mediafire.com/?8dfq7q4r8ddct8c
part 3:     http://www.mediafire.com/?15s5ljd9mdqneja

Friday 17 June 2011

[DOWNLOAD]: Ultimate Journeys (Documentary)


Sebuah dokumentari yang agak menarik untuk dikongsikan bersama, yang akan membawa kepada untuk melihat keajaiban-keajaiban ciptaaNya. Rakaman dokumentari ini juga bakal membawa kepada anda untuk melihat tempat-tempat yang paling menarik diseluruh dunia.

setelah selesai download, anda boleh la gabungkan file ini dengan menggunakan HJ-Split atau 7-zipManager. jika ditanya software mana yang lebih bagus, saya pun tak pasti kekeke...biasanya saya hanya menggunakan 7-zipManager. bagi saya ianya lebih mudah untuk digunakan.

Download by click this link:


:Selamat Menonton:

[DOWNLOAD]: The imam is making a special supplication...

بسم الله الرحمن الرحيم



klik link below 4 download
Part1= http://www.mediafire.com/?dg24es4jdae4itg

Setelah download anda boleh menggabungkan file ini dengan menggunakn HJ SPLIT atau melalui 7-ZIP MANAGER.

:just klik untuk muat turun:

Friday 10 June 2011

[PICTURE]: KEINDAHAN DIBAWAH OMBAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah melihat Keindahan dibawah ombak?
teringin untuk melihatnya??

lihat disini, subhanallah.
klik image untuk view yang lebih besar



lihat seterusnya,

Wednesday 8 June 2011

[Perkongsian]: Selamat Ulang Tahun Wahai Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

:umur 23tahun bukan lagi muda bagiku:


Akhirnya, hari ini 2 Mei 2011 sudah berlabuh,
menandakan apa..??
makin muda..?
masih banyak masa..?
enjoy dulu..?

Maaf wahai diri..
sy tidak ada masa untuk itu.
malah makin malu
bila melihat tingkah umur

"Para Sahabat Nabi Terdahulu"
seusia 18 tahun, Usamah bin Zaid RA sudah mampu menjadi Jeneral Perang ketika ini.... Aku bagaimana?”

Muhammad Al-Fateh ketika berumur 22 tahun? telah pun berjaya menawan Konstantinopel.
ketika inilah umur aku yang semalam wahai diri...adakah aku berjaya tawan apa2 semalam wahai diri..?



lihatlah Wahai diri...
ketika ini kita masih tercari-cari
sesuatu yang tidak pasti..
Adakah pada tingkah umur begini...
aku sudah mampu menawan diri, untuk sujud pada ILAHI??

Sudah lah wahai diri..
TIADA MASA LAGI UNTUK BERMAIN...
22 tahun sudah aku lepasi..
23 tahun adalah kini, sudah terlalu tua untuk aku bermain2..
tiba masa untuk kau lebih serius menambah kualiti diri..

barangkali aku akan mempunyai keluarga
(kalau dpt green light dr family :D)
kau akan berkhidmat kpd family dan masyarakat,
dgn apa ingin kau beri jika kau tiada apa-apa nanti ?

adakah pada usia itu baru kau ingin mencari-cari sesuatu?
jika dari awal sudah kau canangkan kelemahan pada diri
aku risau...aku tiada kualiti...
aku juga risau...
jika waktu itu...tidak sempat untuk kita terokai..
kerana mati ITU PASTI..

"MUDA BUKAN JAMINAN UMUR YANG PANJANG
TUA BUKAN SYARAT UNTUK MATI..."


RUGI....
SUNGGUH RUGI...
dari sekarang lah berubah wahai diri...
dari sekarang !

tidak perlu menunggu besok yang belum pasti,
23 TAHUN...BUKAN LAGI MUDA UNTUK AKU..
AKU SUDAH TUA...
MENANDAKAN, aku semakin dekat pada kematian

22 TAHUN yeng berlalu itu,
yang baru aku tinggalkan semalam..
menimbulakan persoalan

apa sumbangan kita untuk Islam selama tahun itu wahai diri?

.........................................

......................................... kesal bukan?

TIBA MASA FIKIRKAN UNTUK UMAT WAHAI DIRI..
berilah aku kekuatan ya Allah....
istikomahkan lah aku...
pimpin lah aku...

~2 Mei 2011
~8:57am
~sintok, kedah

Monday 6 June 2011

[Perkongsian]: Apa Maksud Untuk Hidup ?

بسم الله الرحمن الرحيم


_Definisi saya mudah_

Hidup adalah pilihan,
namun dimana arah permulaanya?
kekiri ? kanan? hadapan atau kebelakang?
setiap pilihan pasti punya kekuatan dan kelemahan

membuat pilihan umpama bermain dengan api,
tersilap langkah, membakar diri.
namun bukan itu pengakhiranya,
kerna, itu adalah Hidup.
kita harus berani mengharunginya

SENDIRI?? Tidak..dengan meyakini DIA disisi"

[PICTURE]: Bila Ulat Bulu Dah Naik Daun:

بسم الله الرحمن الرحيم

Hebatnya ciptaan.


lihat gambar seterusnya

[PICTURE]: The Cute Twins Animal:




[PICTURE]: Sifat Kasih Sayang Antara Binatang:

Lihat gambar seterusnya

Saturday 4 June 2011

[Perkongsian]: Bukankah sahabat itu memayungi antara satu sama lain?


berkawan biar beribu, bercinta biarlah 1
pepatah yang biasa didengar,
dan didendang-dendangkan
mungkin ada yang mgamalkan konsep ini.

saya bagaimana?
adakah saya menolak pepatah ini?

[Perkongsian]: Kesabaran yang dicari




Kesabaran yang sedang dicari,
dihimpit ketegangan,
dilanggar kemarahan,
ditindih bongkah tomahan,

dlm mencari maksud hidup
aku lalui juga, bagai diiringi redha.
yang dikejar dosa-dosa untuk bertandang.

wahai diri,
kuatkan lah hati,
demi apa yang sedang kau cari.
kejayaan itu pasti, jika kau terus meyakini.
DIA ada disisi.

Ya...pasti..
pasti.. Insyaallah



_Tiada Hak Cipta Terpelihara_


7.37am
uum.

Perkongsian: How you coloring your life?




hari ini, bermula lagi lakonan kita didunia.
siapakah watak utamanya?
didalam hidup cerita anda...andalah watak utamanya
didalam hidup saya, sayalah heronya (heroin dlm proses kekeke)

kamu, kamu dan kamu
juga watak penting dalam hidup saya
tanpa kamu, kamu dan kamu..
pincanglah kisah saya ini.

bermula episod berlanjutan hingga 23 tahun
jalan penghujungnya masih tidak berpenghujung,
sehinggalah aku mati,....
dan kisah itu belum lagi berakhir.
kisah kehidupan sebenar akan bermula DISANA...

bagaimana ceritanya disana?
siapakah watak utamanya???

tuuutt……………………
Anda sendiri mungkin tertanya-tanya bukan? benarkan saya jawab persoalan itu Jawapan saya mudah,

semuanya bergantung pada lakonan kita pada hari ini, dan seterusnya sehingga,kita bertemu titik petemu didunia.

bermulalah kehidupan yang sebenar

how the story begin??
how your life there??

you will get the good answer, if u know how to color your life starting from today...

Apakah kamu ingin mewarnakan hidup mu dengan WARNA yang hitam dan kusam?
tidakkah kamu ingin mewarnakan hidup mu dengan warna-warna yang penuh keceriaan yang penuh dengan keriangan??

your life, its your choice...

warnakan hidup mu dengan penuh "KEINDAHAN"

KEINDAHAN??
YA....."AMAL-AMALAN KESYURGA..." itu adalah sebaik-baik keindahan.







18mei11
7.57am
uum.

Langkah pertama: Hanya Dia yang mengerti


kamu tak akan tahu apa yang fikiran ini lintaskan,
barangkali kamu sendiri pun tidak mahu ambil tahu...
dan kerna itu, perlu aku utk memberi tahu kepada mu..
biar pon, belum tentu mahu mu akan bicaraku
YA, dengan caraku sendiri
hanya Dia yang mgerti.

_Tiada Hak Cipta Terpelihara_

Thursday
4:05pm
UUM.·
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...